6 November 2009

hati jgn sejemput ye


tiba-tiba teringat akn satu post kakak,

'Daie hati jgn sejemput'

jgn mudah kalah dgn rasa sediri,
medan kita ni byk melibatkan hati,
susah betul kan?
hanya kerana sekeping organ yg kecik itu,
kite pun ter'sway' jauh,
ish, cammane ni??

bila pakcik tanye,
berapa core dah?
gulp!! senyap sendiri


baek!
hati jgn sejemput lagi!




buruj
berusaha utk 2000words to go
aduh sihirku, gambate!
ayuh diri!

ibarat seorang anak kecik merengek minta diajar membaca
bukan si ibu tidak tahu
tapi entah apa yg bermain di fikiran ibu
agaknya ibu sangka anak masih mentah
anak perlu belajar lagi kot!

ya Allah
aku pohon kekuatan

26 October 2009

sistersVSsisters

tatkala kite tgh down,
jangan sangka kitelah yg paling teruk,
sbb ada lagi insan yg lebih2 down dari kita.

kadang kita mahukan support from kakak
kakak, please listen to me!
sedangkan kakak lebih banyak masalah dari kite,
kita je yang tak tahu.

sejak akhir-akhir ni, jiwa ini sangat terkesan dengan ukhuwah dari insan sekeliling. ujian ini walaupun tampak simple sahaja, namun buat kite, ibarat batu besar yg menghempap. siapa lagi yg kita mahu cari, kalau bukan kakak yg sama dulu memberi sinar iman buat diri ini? melalui kakak, Allah hadirkan hidayah buat jiwa yg gersang ini suatu ketika dahulu. kakak yg sama juga akan jiwa ini cari jika susah lagi. walau diri sudah besar, jiwa pon sepatutnye sudah dewasa, mengimbangi apa-apa yg perlu, bertatih selangkah demi selangkah. tak banyak yang di pinta, cuma supaya kakak dengar shaja. mungkin itu yg dirasakan adikku, kenapa kaklong tak telefon weekend ni? hurm.. byknye perlu dimuhasabah.


Anas r.a berkata: ada seorang duduk di sisi nabi saw: kemudian ada seorang berjalan, maka orang itu berkata: Ya Rasulullah, saya kasih sungguh pada orang itu. nabi bertanya: Apakah sudah kau beritahu kepadanya? Jawabnya: Belum. bersabda nabi saw : beritahulah ia. Maka dikejarnya dan dikatakan kepadanya: Sesungguhnya saya cinta padamu kerana Allah. Jawabnya: Semoga Allah kasih kepadamu, sebagaimana kau cinta kepadaku kerana Allah.

[Abu Dawud] - RS

*** and i would like to say : I LOVE MY SISTERS FILLAH!!



perasaan mahu melakukan semuanya! tapi xsemua dapat dibuat!
jiwa akan stress. kenapa byk menda diri xboleh nk 'reach'??
kenapa itu pun tak boleh handle
kenapa yang ini pun overlook??
tarbiyah mengajarku
utk berjiwa besar
thumuhat kene tinggi
tak apelah xboleh buat semua
yang penting aku dah usaha!!
untuk iman diri sendiri pun!


"Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik utk dirimu sendri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri...." [Isra': 7]


qumfaanzir
mode muhasabah je
kne usaha lagi!

16 October 2009

tidak tahu apa yang hilang
but something is missing!!!
mana hilang suara-suara itu?
semangat-semangat itu
bahawa kita smue perlu kembali bangkit
bukan kembali menggali lagu-lagu pelik
bukan kembali memncari keindahan jahiliyah
ah!!!

sebuah perasaan..
kelu!


qumfaanzir
missing the land!

12 October 2009

sekolah itu


kelihatan Haji Ali dengan mukanya yang mencerut marah. kali ni hatinya sudah cukup membara, die tidak boleh tahan lagi.

"Apa yg sekolah dah buat utk pendidikan anak kita??"

die mendegus marah lagi. penat die menghantar anak-anaknya ke sekolah itu. mengharapkan pendidikannya akan bertambah maju.

"kita tidak boleh buat apa-apa Li", kata si Mat.

"apa pulak? dah tu, katanya sekolah tu bagus. siap ada bendera sendiri. khabarnya boleh perform tiap-tiap tahun pelajarnya. sekarang ni dah jadi apa??"

"tak apa la Li, kita tiada pilihan. silibus mereka dah paling baik. sekolah lain tak mampu buat silibus begitu"

"tapi aku tengok, anak aku tu entah apa yang meningkatnya".

dia bosan dengan claim-claim orang setempat, kononnnya sekolah itu bagus.

"si Tijah tu, dalam seminggu kadang tak de pulak pelajaran mengajinya. padahal kau tahu kan, tanggungjawab yang tiga tu lah yg perlu sekolah tu buat!"

Haji Ali merugut lagi.

"kau tahu, arwah ayah aku dulu pentingkan yang tiga tu. kalau dah tak de sesi membacakan, menyucikan dan mengajarkan Kitab tu, bukan pendidikan namanya!"

"sabar Li!" si Mat sempat menyambar belakang rakannya yg dah separuh umur itu. kalau dibiarkan, habislah cikgu-cikgu di sekolah itu dimarahinya.

"aku tahu kau risaukan persekolahan anak kau. aku pun sama. tapi kite kene cerdik Li"

"kita dahulu pun pernah sekolah di situ, guna silibus yg sama. kita boleh bincang dengan pihak sekolah tentang perlaksanaannya."

"yalah, kita bincang. tapi aku mahu, budak-budak tu dapat hak mereka. yang tiga tu perlu dibuat dulu. kalau tidak, bukan setakat nak jadi daie, budak-budak tu sendiri pun hati tak terisi, mende lain yang jadinya!"

"ye Li! mari ikut aku, kita jumpe pengetua"

bingkas Haji Ali bangun, lengkah dia mengiringi Haji Mat Dahlan.
kali ini dia akan buat perhitungan, anak-anak aku perlu dapat pelajaran akhirat yang betul. kalau dalam seminggu sekolah tak boleh sedia, bukan tarbiyah yg syumul namanya.



qumfaanzir
buruj 09
*thinking..phew*